Blizzard telah mengumumkan acara masa terhad Ashe’s Deadlock Challenge kini bermula, dengan bermain pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik. Berikut adalah apa yang boleh diperoleh oleh pemain;

  • Bermain Untuk Mendapat kosmestik (menang akan dikira 2 perlawanan)
    • Bermain 9 Perlawanan | Ikon
    • Bermain 18 Perlawanan | Penyembur
    • Bermain 27 Perlawanan | Kostum Legendary Ashe dan B.O.B
  • Tonton Overwatch Di Twitch
    • Tonton 2 jam | 1 Penyembur
    • Tonton 4 jam | 2 Penyembur
    • Tonton 6 jam | 3 Penyembur

Selain itu, Blizzard juga mengumumkan kerjasama bersama dengan Coca-Cola, Diamond Comics, dan pelukis Afua Richardson untuk hadir dengan komik Overwatch: Tracer – London Calling #1 pada 14 Ogos ini. Selain itu, novel berkait dengan Ashe juga dilancarkan iaitu Deadlock Rebels. Anda boleh baca di pautan ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, fungsi rentas platform untuk Overwatch juga dilancarkan secara rasmi. Overwatch sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini