UniPin SEACA 2021 iaitu antara kejohanan terbesar di Asia Tenggara telah memulakan pusingan kelayakan untuk kejohnanan PUBG Mobile yang melibatkan 144 pasukan. Ia sudah bermula pada 23 Jun sehingga 25 Jun dan pusingan akhir berlangsung pada 27 Jun. Kesemua pertandingan akan dianjurkan secara dalam talian.

Ia juga melibatkan pasukan-pasukan terkenal seperti RSG, EVOS VIP, FANX MY, FARANG ESPORTS, MIRI MOB ESPORTS, DINGOZ JR, NSEA, dan RHG RHINO.

Kesemua pasukan akan dibahagikan kepada 8 grup yang mengandungi 18 pasukan. 8 pasukan terbaik daripada pusingan pertama iaitu akan bermain sebanyak 2 pusingan di peta Erangel dan Miramar. Pasukan yang tersingkir tidak akan bermain untuk hari kedua. Pasukan terbaik akan mewakili Malaysia untuk pusingan akhir yang akan berlangsung bulan November ini di Indonesia.

Mereka juga mengumumkan kejohanan khusus untuk wanita, dan pendaftaran untuknya masih dibuka dan boleh dilakukan melalui pautan ini; SEACA.

Sohor Kini