Bersempena dengan ulang-tahun ke-20 sejak siri Arma diperkenalkan, kini Bohemia Interactive menawarkan permainan Arma : Cold War Assault secara percuma melalui GOG. Promosi ini ditawarkan sehingga penghujung hari ini, dan pengguna boleh menebus dan menambah permainan ini dibawah koleksi mereka.

Untuk makluman, permainan ini telah diperkenalkan pada 2001 yang lepas dengan nama asal Operation Flashpoint : Cold War Crisis, dan kemudiannya diubah nama kepada Arma : Cold War Assault.

Ia menawarkan bentuk permainan tembak-menembak FPS, dan boleh dimainkan pada komputer Windows 7, 8 dan juga 10.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan ini secara percuma di GOG hari ini.

Sohor Kini