Candyman adalah francais filem seram jenis slasher, yang terkenal pada tahun 90-an. Ia berkisarkan seorang pelajar yang melakukan kajian mengenai hantu legenda “Candyman”. Iaitu bapa dan anak yang mati dibunuh pada lewat abad ke-19, kerana mereka berkulit gelap, hamba dan bercinta dengan wanita berkulit putih. Francais filem ini adalah trilogi.

Filem ini telah diolah semula oleh Jordan Peele (pelawak yang terkenal dengan arahan pelbagai filem seram). Video acah baharu bagi filem ini baru sahaja diterbitkan.

Video acah ini memperlihatkan bagaimana, legenda “Candyman” sebenarnya bukan cerita semata-mata tetapi adalah perkara benar. Dengan fokus terhadap watak Anthony dan Brianna, giliran mereka pula hidup diancam dengan hantu misteri yang mengerikan ini.

Anthony McCoy dilakonkan oleh Yahya Abdul-Mateen II (Black Manta, Aquaman) dan kekasih beliau Brianna Cartwright dilakonkan oleh Teyonah Parris (Monica Rambeau, WandaVision). Mereka baru sahaja pindah ke kawasan Cabrini Green, iaitu lokasi di mana legenda ini bermula.

Apa yang menjadikan filem ini sebagai perbualan orang ramai adalah, Tony Todd iaitu pelakon asal filem Candyman kembali memainkan watak Daniel Robitaille dan hantu ngeri tadi. Selain itu, Vanessa Estelle Williams pelakon asal Anne-Marie McCoy adalah ibu kepada Anthony.

Filem ini akan ditayangkan pada 27 Ogos tahun ini.

Sohor Kini