Far Cry 6 Bakal Menerima Kandungan Tambahan Novel Visual Dan Komik

Ubisoft telah mengumumkan yang bersempena dengan Pelancaran Far Cry 6 tidak lama lagi, mereka juga telah bekerjasama dengan pelbagai penerbit untuk hadir dengan kandungan tambahan bagi siri permainan tersebut. Antara yang diumumkan adalah seperti berikut;

The Art of Far Cry 6

Dengan kerjasama bersama dengan Dark Horse Books dan Ubisoft Toronto, mereka akan hadir dengan satu buku yang akan memperlihatkan pelbagai karya konsep, rekaan watak, seting dan persekitaran. Ia akan dilancarkan pada 12 Oktober 2021.

Far Cry: Rite of Passage Edisi Kulit Keras

Far Cry: Rite of Passage merupakan komik yang memfokuskan kepada kisah tiga penjahat siri Far Cry iaitu Vaas Montenegro, Pagan Min, dan Joseph Seed tetapi ia diceritakan oleh as President Antón Castillo iaitu penjahat di dalam Far Cry 6 sebagai pengajaran kepada anaknya Diego. Bahagian pertama daripada tiga sudah dilancarkan manakala Edisi Kulit Keras akan dilancarkan pada 30 November 2021.

Far Cry: Esperanza’s Tears

Visual novel ini memfokuskan kepada penceritaan mengenai Juan Cortez iaitu salah seorang watak yang akan membantu pemain di dalam permainan Far Cry 6. Ia akan memfokuskan kepada kejadian sebelum penceritaan di dalam permainan. Ia ditulis oleh Mathieu Mariolle, dilukis oleh Afif Khaled dan Salaheddine Bast. Far Cry: Esperanza’s Tears akan dikeluarkan pada November 2021.

The Far Cry Survival Manual

Buku ini akan mengandungi pelbagai cara untuk terus berada di dalam keadaan selamat di kawasan-kawasan yang berbahaya seperti Rook Islands, Montana’s Hope County, dan juga Republic of Yara, iaitu tempat-tempat daripada permainan Far Cry sebelum ini. Ia akan dilancarkan pada 21 September 2021.

Far Cry 6 akan dikeluarkan pada 7 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.

Sohor Kini