Valve akhirnya berkongsi senarai permainan yang menjana pendapatan tertinggi di Steam pada bulan Mei 2021, senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan lepas, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Mereka mengatakan yang secara purata permainan yang tersenarai kali ini menyertakan sehingga 8 pilihan bahasa dan separuh daripadanya termasuk juga alihan suara. Senarai kali ini juga memperlihatkan beberapa permainan mercu seperti Resident Evil Village dan Days Gone.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Uncharted Waters IV HD Version
  • Frozenheim
  • Soulworker
  • Solasta: Crown of the Magister
  • Maneater
  • Earth Defense Force: World Brother
  • Hood: Outlaws & Legends
  • Days Gone
  • Tainted Grail: Conquest
  • MechWarrior 5: Mercenaries
  • Saint Row: The Third Remastered
  • Warhammer Age of Sigmar: Storm Ground
  • Subnautica: Below Zero
  • Shin Megami Tensei III Nocturne HD Remaster
  • Before We Leave
  • SnowRunner
  • Resident Evil Village
  • Knockout City
  • Biomutant
  • Mass Effect: Legendary Edition

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini