Jeff Grubb iaitu editor untuk GamesBeat telah mengatakan yang EA bakal mengumumkan permainan baharu berdasarkan IP lama semasa acara EA Play Live yang akan berlangsung pada 22 Julai ini. Menurut laporan oleh Eurogamer dan Gematsu, permainan tersebut adalah Dead Space, mereka juga mengatakan yang ia akan dibangunkan oleh EA Motive.

Dead Space merupakan IP yang asalnya dibangunkan oleh EA Redwood Shores, selepas kejayaan permainan tersebut mereka menjadi studio kendiri di bawah EA iaitu Visceral Games. Namun, selepas penerimaan yang kurang baik untuk Dead Space 3, Visceral Games membangunkan permainan lain seperti Battlefield Hardline dan permainan Star Wars yang dibatalkan.

Visceral Games ditutup pada tahun 2013 dan membawa bersama IP Dead Space. Namun, berbeza nasib dengan Visceral Games, kita mungkin akan melihat kembali permainan tersebut. EA Motive sebelum ini terlibat dengan permainan Star Wars Battlefront II dan juga Star Wars Squadron. Mereka dikatakan akan menghasilkan permainan Dead Space tetapi dijangkakan berbeza dengan permainan asal.

Buat masa ini, laporan-laporan ini boleh dianggap sebagai ura-ura sahaja, sebelum ia disahkan oleh EA sendiri.

Sohor Kini