Seperti yang diumumkan pada April lepas, Jagex akhirnya melancarkan secara rasmi permainan RuneScape untuk iOS dan juga Android. Bersama dengan pelancaran ini, mereka juga mengumumkan yang ia akan menyokong fungsi rentas platform. Anda boleh bermain RuneScape di PC ataupun di peranti pintar menggunakan akaun yang sama.

Runespace sudah dilancarkan sejak tahun 2001 untuk PC dan terus menjadi antara permainan MMORPG yang popular, dengan pelancaran untuk peranti pintar ini ia sudah semestinya menggalakkan lebih ramai pemain untuk mencuba, pemain di PC juga kini membawa sesi permainan ke mana-mana.

Ia adalah permainan percuma untuk dimainkan dengan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini