PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka akan mengajurkan acara bersama dengan Line Friends. Melaluinya, mereka akan menganjurkan pelbagai acara masa terhad bermula 18 Jun ini dengan acara terakhir berakhir pada 14 Julai 2021.

Berikut adalah acara masa terhad yang akan tiba;

  • Play With Your Friends
    • Come and Give Likes (18 Jun – 22 Jun) – Pemain akan menerima Like setiap kali log masuk, dan akan menerima kostum khas jika mendapat Like untuk setiap hari
    • Afternoon Tea Decoration (23 Jun – 30 Jun) – Pelbagai misi harian untuk mendapat Dino BROWN Backpack
  • Acara Tebus Di Dalam Permainan (24 Jun – 7 Julai)
  • Barangan Kolaborasi Ditawarkan (24 Jun – 14 Julai)

Mereka juga akan mengajurkan cabaran #Friendsquad yang akan bermula pada 20 Jun, di mana pemain perlu berkongsi gambar bersama dengan skuad untuk mendapatkan pelbagai barangan Line Friends.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini