505 Games dan Ironward telah melancarkan Red Solstice 2: Survivors untuk PC melalui Steam pada 17 Jun lepas, sempena pelancaran ini, ia ditawarkan dengan potongan 10% sehingga 25 Jun iaitu dengan harga RM61.20 berbanding RM68 harga sebenar.

Ia adalah permainan aksi strategi dari pandangan atas, dan boleh dikatakan permainan XCOM yang aktif dan lebih memfokuskan kepada ketahanan hidup. Ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun secara multi-pemain sehingga 7 pemain pada bila-bila masa sahaja.

Ia adalah permainan susulan untuk The Red Solstice yang dilancarkan pada tahun 2017. Seperti permainan tersebut, ia juga buat masa ini hanya dilancarkan untuk PC.

Sohor Kini