Alchemy Stars adalah permainan mudah alih baharu oleh TourDogStudio. Ia dilancarkan secara rasmi pada 17 Jun lepas, dan menurut mesej yang diberikan kepada pemain di dalam permainan dan juga ciapan di akaun Twitter rasmi, Alchemy Stars telah dimuat turun sebanyak 2 juta kali.

Bagi yang masih lagi tidak pernah mencuba, Alchemy Stars adalah permainan strategi RPG yang juga permainan gacha di mana pemain boleh mengumpul pelbagai watak. Perkara menarik mengenai permainan ini adalah sistem pertempuran menggunakan konsep permainan ‘match-3’, pemain boleh bergerak berdasarkan warna petak.

Semasa pelancaran ia menyertakan 80 watak berlainan yang boleh dikumpul, setiap-nya dibahagikan kepada 6 kelas berbeza dan mempunyai kebolehan-kebolehan yang berbeza. Pembangun mengatakan yang walaupun ia menyertakan kualiti berbeza untuk setiap watak, akan tetapi setiap daripadanya berguna untuk setiap situasi yang berbeza.

Alchemy Stars sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini