Kay/O Adalah Ejen Baharu Untuk Valorant, Tiba Bersama Dengan Episod 3

Valorant Episod Ketiga untuk Tahun Pertama akan bermula pada minggu ini. Seperti biasa ia akan menyertakan battle Pass baharu yang akan bermula pada 22 Jun dan berakhir pada 24 Ogos 2021. Ia juga menyertakan ejen baharu iaitu Kay/O. Anda boleh tonton video pengenalan untuknya di bawah.

Menurut Riot Games, mereka menghasilkan Kay/O untuk menjadi satu watak yang dikenali untuk pemain FPS, ia memfokuskan kepada penggunaan bom seperti flash dan juga letupan. Berikut adalah kebolehan untuk Kay/O:

  • Zero/Point – Kay/O akan mengeluarkan pisau yang apabila dibaling ia akan melekat di mana-mana bahagian permukaan. Ia akan meletepu dan pemain lawan yang terkena akan dipendam.
  • Flash/Drive – Kay/O akan mengeluarkan bom Flash yang akan membutakan sesiapa yang berhampiran dengan letupan.
  • Frag/Ment – Kay/O akan mengeluarkan bom letupan yang akan meletup beberapa kali apabila dilepaskan.
  • Null/CMD – Kay/O akan melepaskan caj kuasa yang akan memendamkan pemain lawan yang berdekatan, Kay/O juga akan menerima Combat Stim dan jika pemain mati semasa ia masih aktif, rakan akan berpeluang untuk menghidupkan semula Kay/O.

Selain itu, Riot Games juga mengumumkan kempen Give Back Bundle di mana dengan setiap pembelian kostum, ia juga akan menyumbangkan kepada badan amal dan acara bersempena ulang tahun pertama untuk Valorant. Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini