EA telah memperkenalkan cara baharu untuk pemain mendapatkan pek bagi FIFA Ultimate Team untuk FIFA 21, dan ia adalah satu perkara yang mengejutkan daripada mereka. Buat sementara waktu iaitu bermula sekarang sehingga Festival of FUTball berakhir, pemain dapat melihat terlebih dahulu kandungan di dalamnya sebelum membeli.

Selepas melihat kandungan di dalamnya, pemain boleh mengambil keputusan untuk membelinya ataupun tidak, jika pemain beli, pemain boleh melihat kandungan untuk pek seterusnya. Jika pemain tidak membelinya, pemain perlu menunggu lebih kurang sehari untuk melihat pek yang berlainan.

Bagi anda yang tidak kisah menanti, ini mungkin satu perubahan yang baik akan tetapi jika anda ingin membeli dengan cepat ataupun membeli pek yang hadir untuk masa terhad ia mungkin penantian yang terlalu lama. Sama ada EA akan terus menggunakan fungsi ini masih tidak disahkan lagi, buat masa ini ia hanya terhad semasa Festival of FUTball sahaja.

FIFA 21 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – FIFA 21.

Sohor Kini