Final Fantasy VII Remake dan juga Alan Wake Remastered tampaknya akan dikeluarkan untuk PC tidak lama lagi, jika data yang tersenarai secara dalaman di Epic Games Store boleh dipercayai. Menurut EpicDate yang berkongsi data-data dalaman untuk Epic Games Store telah terjumpa fail untuk dua permainan tersebut (terima kasih Wario64)

Fail untuk Final Fantasy VII Remake boleh dibuka di pautan ini, manakala untuk Alan Wake Remastered di pautan ini. Seperti kita sedia maklum, perjanjian esklusif untuk Final Fantasy VII Remake dengan Sony sudah berakhir selepas setahun dan tidak mengejutkan jika ia akan dikeluarkan untuk platform lain.
Ini juga berkemungkinan adalah untuk versi asal dan bukan versi Integrade yang masih lagi dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5, oleh itu jika ia dikeluarkan untuk PC, ia mungkin tidak akan menerima DLC Intermission. Jika ia adalah versi penuh, pemain di PC perlu menunggu 6 bulan lagi kerana itulah tempoh untuk eksklusif di PS5.
Manakala untuk Alan Wake, Remedy Entertainment telah mendapat semula hak penerbitan permainan tersebut daripada Microsoft pada tahun 2019, oleh itu juga tidak mustahil jika mereka sedang membangunkan sesuatu untuk permainan tersebut.
Buat masa ini, masih tiada pengesahan daripada Square Enix ataupun Remedy Entertainment, oleh itu sama-sama kita nantikan.