Skip to main content

Metro Exodus untuk PlayStation 5 dan Xbox Series akhirnya dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas, dan ia adalah naik taraf percuma bagi yang memiliki permainan tersebut di PlayStation 4 ataupun Xbox One. Metro Exodus Enhanced Edition juga telah dilancarkan untuk PC pada bulan Mei lepas.

Versi ini menyasarkan resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS dan menyokong Ray Tracing untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X. Manakala untuk Xbox Series S ia menyokong 1080p/60FPS dan sokongan Ray Tracing. Di PlayStation 5 ia juga menyokong 3D Audio dan getaran haptik di DualSense.

Bagi sokongan fail simpanan, ia juga berbeza untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. Buat masa ini, permainan ini tidak menyokong pemindahan fail simpanan daripada PlayStation 4 ke PlayStation 5. Manakala untuk Xbox Series melalui Smart Delivery, anda boleh meneruskan sesi permainan di Xbox Series secara terus dari Xbox One. Namun, ia hanya menyokong fail simpanan ‘chapter’ dan bukan Quick Save ataupun Manual Save.

Bagi anda yang tidak memiliki Metro Exodus, dilancarkan bersama adalah versi Complete Edition yang menyertakan permainan asas bersama dengan kesemua DLC iaitu The Two Colonels dan Sam’s Story.

Leave a Reply