Pada 26 April lepas, iaitu sebulan selepas It Takes Two dilancarkan, Hazelight Studios telah mengumumkan yang ia telah terjual sebanyak 1 juta unit. Hari ini, selepas lebih sebulan, mereka mengumumkan pula ia telah terjual sebanyak 2 juta unit. Peningkatan sebanyak 1 juta unit.
It Takes Two seperti permainan Hazelight Studios sebelum ini memfokuskan kepada sesi permainan koperasi dan ia tidak boleh dimainkan secara solo. Dengan satu pembelian, pemain boleh bermain dengan sesiapa sahaja walaupun mereka tidak memiliki permainan ini.
It Takes Two sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.