E3 untuk tahun 2021 akhirnya berakhir dengan acara Anugerah E3 di mana persidangan Xbox & Bethesda Showcase telah dipilih sebagai persidangan terbaik. Manakala bagi jumlah penonton untuk setiap persidangan pula, Nintendo Direct mendapat tontonan tertinggi.

Ini adalah berdasarkan data yang dikongsi oleh Stream Hatchet iaitu perkhidmatan yang menyedia pelbagai data mengenai penstriman. Menurut Stream Hatchet, Nintendo Direct telah mencatat jumlah tontonan tertinggi sebanyak 3.1 juta penonton, diikuti Xbox & Bethesda Showcase dengan 2.3 juta penonton dan Ubisoft dengan 1.4 juta penonton.

Dengan populariti Nintendo termasuk juga persidangan yang sedikit mengecewakan untuk penerbit-penerbit lain, membuatkan pencapaian ini tidak mengejutkan. Seperti tahun-tahun lepas, acara Nintendo Direct semasa E3 ataupun di luar E3 sangat dinanti-nanti oleh pengikut mereka.

Sohor Kini