THQ Nordic dan Piranha Bytes telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan susulan untuk Elex iaitu Elex II. Pemainan pertama dikeluarkan pada tahun 2017 dan ia adalah permainan aksi pengembaraan dunia terbuka.

Elex II dikatakan akan berlaku beberapa tahun selepas kejadian di dalam Elex, di mana selepas Magalan mendapat keamanan, ia telah terbahagi kepada beberapa puak baharu. Jax kembali untuk permainan ini di mana dia mendapati ada bahaya baharu yang akan tiba di Magalan dan dia perlu menggabungkan bersama dengan puak-puak ini untuk menghadapinya.

Ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran.

Sohor Kini