Arc System Works telah mengumumkan yang permainan perlawanan mereka Guilty Gear Strive yang dikeluarkan pada 11 Jun lepas telah terjual sebanyak 300 ribu unit secara global. Dengan permainan ini dinanti-nanti sejak awal pengumuman lagi, pencapaian ini tidak mengejutkan.

Guily Gear Strive pertama kali diumumkan ketika EVO 2019 dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun lepas, akan tetapi selepas dua kali tarikh pelancaran ditunda, ia akhirnya tiba pada minggu lepas.

Buat masa ini, ia menyertakan 15 watak iaitu Sol Badguy, Ky Kiske, May, Axl Low, Chipp Zanuff, Potemkin, Faust, Millia Rage, Zato-1, Ramlethal Valentine, Leo Whitefang, Anji Mito dan I-No. Watak tambahan akan tiba sebagai DLC di masa hadapan.

Guilty Gear Strive sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC. Versi PlayStation 4 boleh mendapat versi PlayStation 5 secara percuma. Di Malaysia, ia diterbitkan oleh Bandai Namco.

Sohor Kini