Kami berharap anda tidak terlepas dengan tawaran yang menarik untuk permainan percuma Epic Games Store sebelum ini iaitu Control, kerana tawaran tersebut telah berakhir dan ia digantikan dengan dua permainan iaitu Overcooked! 2 dan juga Hell is Othe Demons.

Overcooked! 2 adalah permainan parti di mana pemain perlu memasak dan menghantar pelbagai tempahan makanan. Walaupun ia boleh dimainkan secara berseorang akan tetapi permainan ini direka khusu untuk sesi permainan secara koperasi. Ia adalah kerana perhubungan anda akan lebih erat selepas bermain.

Muat Turun: Overcooked! 2

Hell is Other Demons adalah permaina aksi menembak platformer secara 2D, ia juga menyertakan elemen roguelite yang menandakan anda akan mati berkali-kali. Ia menawarkan bentuk pertempuran yang pantas, ditambah lagi dengan rekaan grafik yang unit, ia adalah satu pengalaman yang psikedelik.

Muat Turun: Hell is Other Demons

Kedua-dua permainan ini boleh ditebus sehingga 24 Jun 2021 sebelum diganti dengan dua permainan lagi iaitu Horizon Chase Turbo dan Sonic Mania.

Sohor Kini