Kemaskini, 16 Julai 2021 – Pokemon Unite akan dilancarkan pada 21 Julai 2021 untuk Nintendo Switch. Pemain berpeluang untuk dapatkan Zeraora dengan sekadar log masuk. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

The Pokemon Company telah umum Pokemon Unite pada tahun lepas lagi, dan hari ini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan MOBA berdasarkan Pokemon tersebut. Pokemon Unite akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Julai manakala untuk iOS serta Android pada bulan September.

Ia adalah permainan percuma dan akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi iaitu Aeos Gems yang akan digunakan untuk mendapatkan Pokemon, dan juga membeli barangan kosmetik. Selain itu, terdapat juga Aeos Coins dan Aeos Tickets yang boleh didapati dengan bermain.

Buat masa ini Pokemon Unite akan mempunyai 19 Pokemon iaitu Pikachu, Charizard, Snorlax, Crustle, Greninja, Eldegos, Talonflame, Lucario, Venusaur, Mr. Mime, Slowbro, Absol, Machamp, Wigglytuff, Alolan Ninetales, Cramorant, Gengar, Garchomp, dan Cinderace. Pelbagai Pokemon akan ditambah dari semasa ke semasa.

Setiap Pokemon akan dibahagikan kepada lima kumpulan berbeza iaitu Attacker, Speedster, All-Rounder, Defender dan Supporter.

Pokemon Unite menyertakan pertempuran 5 lawan 5, berbanding permainan MOBA biasa yang perlu menghancurkan sesuatu di pihak lawan, cara untuk memenangi adalah dengan mengumpul skor tertinggi (Aeos Energy). Cara untuk mendapatkannya adalah dengan mengalahkan Pokemon liar ataupun Pokemon pemain lawan. Pemain kemudia perlu menggunakan Energy tersebut di kawasan lawan.

Pertempuran akan berlaku di stadium yang berbeza dan setiap stadium mempunyai perlawanan berbeza seperti jumlah Pokemon satu pasukan, kepanjangan perlawanan dan juga Pokemon liar termasuk juga Legendary yang terdapat di tempat tersebut.

Fungsi rentas-platform di dalam perancangan di mana pemain boleh menggunkan akaun Nintendo untuk membawa kemajuan di setiap peranti yang mereka bermain.

The Pokemon Company berkerjasama dengan TiMi Studios untuk membangunkan permainan ini iaitu pembangun untuk Arena of Valor dan Call of Duty Mobile.

Sohor Kini