Seperti yang dipertontonkan ketika persidangan Ubisoft Forward di E3, Brawhalla menerima watak baharu daripada siri popular Teenage Mutant Ninja Turtles. Melalui penambahan ini pemain boleh menggunakan watak terkenal Raphael, Michelangelo, Leonardo, dan Donatello.
Setiap watak ini adalah kostum untuk watak-watak tersedia iaitu Raphael untuk Ragnir, Michelangelo untuk Val, Leonardo untuk Jiro dan Donatello untuk Mirage. Setiap daripadanya boleh didapati dengan menebus 300 Mammoth Coins. Selain itu, ia juga menyertakan peta yang mengambil inspirasi pembetung yang menjadi tempat tinggal untuk Ninja Turtles.
Selain itu, Ubisoft juga telah mengumumkan kejohanan Brawlhalla khusus untuk Asia Tenggara iaitu SEA Challenger Series. Kejohanan ini akan bermula pada 9 Julai dan terbuka kepada semua pemain, ia menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $5 ribu (~RM20 ribu). Ia akan berlangsung sehingga 30 Julai iaitu satu pertandingan setiap minggu.
Jika berminat untuk menyertainya, anda boleh melakukan pendaftaran melalui pautan ini.
Brawlhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.