10 Permainan Anda Harus Cuba Ketika Acara Steam Next Fest

Steam Next Fest telah bermula hari ini, dan seperti acara Steam Game Festival sebelum-sebelum ini ia menyediakan ratusan demo permainan untuk pemain cuba. Permainan yang disertakan juga termasuk untuk permainan-permainan yang masih sedang dibangunkan.

Untuk mencuba ratusan permainan mungkin akan memakan masa, oleh itu kami akan senaraikan 10 filem yang menarik untuk menjadi permulaan kepada anda. Demo-demo ini boleh dicuba bermula sekarang sehingga 22 Jun 2021.

Escape from Naraka

XeloGames | Platformer | 20 Julai 2021

Escape from Naraka adalah permainan platformer oleh XeloGames iaitu pembangun permainan video dari Indonesia. Ia adalah permainan platformer yang mencabar dengan pelbagai rekaan berdasarkan karya serta mitos dari Asia Tenggara.

Xelo Games juga telah mengajurkan satu pertandingan untuk mencari pemain yang berjaya lari diri dari Naraka secara terbarik. Pemenang akan mendapat Razer Cynosa V2, Razer Mamba Elite, Razer Kraken Ultimate, Razer Firefly v2 dan permainan Escape from Naraka.

Cara untuk menyertai adalah pemain perlu memuat turun demo untuk Escape from Naraka menggunakan pautan di bawah, dan melakukan satu sesi permainan penuh di mana skor akan diberikan selepas menyelesaikannya. Pemain dengan skor tertinggi akan memenanginya. Maklumat lanjut boleh di baca melalui pautan ini.

Demo: Escape from Naraka

My Time at Sandrock

Pathea Games | RPG | 2021

Permainan seterusnya untuk siri “My Time at”, My Time at Sandrock dikatakan bakal membawa pelbagai penambahan berbanding permainan My Time at Portia yang bagi kami adalah satu permainan simulasi pembinaan pekan dan juga berkebun yang baik. Demo ini juga memfokuskan kepada mod multi-pemain.

Demo: My Time at Sandrock

Sable

Shedworks | Pengembaraan | 23 September 2021

Di dalam permainan Sable, pemain akan melalui pelbagai kawasan yang mempunyai rekaan yang unik. Pemain juga akan menggunakan pelbagai cara perjalanan yang berlainan. Selain mengagumi persekitaran, pemain juga perlu menyelesaikan pelbagai tekaria.

Demo: Sable

Death Trash

Crafting Legends | Aksi | 5 Ogos 2021

Kami merasakan ia mungkin boleh mempunyai judul permainan yang lebih baik, akan tetapi Death Trash adalah permainan yang sangat menarik, menggunakan gaya seni Pixel ia mempunyai pelbagai rekana yang menjadikan ia unik. Pertempuran juga pantas dan menarik.

Demo: Death Trash

Cris Tales

Dreams | RPG | 20 Julai 2021

Dengan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai ini, Cris Tales boleh dikatakan demo yang akan menggambarkan produk akhir. Ia adalah permainan yang harus dicuba oleh peminat permainan JRPG. Dengan rekaan grafik yang menawan dan penceritaan menarik, ia adalah satu pengalaman yang baik.

Demo: Cris Tales

Naraka: Bladepoint

24 Entertainment | Battle Royale | 12 Ogos 2021

Cara paling ringkas untuk menerangkan permainan ini adalah jika Ghost of Tsushima mempunyai mod battle royale. Ia adalah Battle Royale akan tetapi tidak boleh dikatakan sebagai “satu lagi” kerana ia menawarkan pelbagai perkara yang berbeza terutama untuk sistem pertempuran.

Demo: Naraka Bladepoint

Nine to Five

Redhill Games | FPS | Akan Datang

Ia adalah permainan FPS kompetitif yang unik dengan menyertakan pertempuran 3v3v3, iaitu tiga pasukan terdiri daripada tiga pemain akan bertempur. Objektif akan bertukar-tukar untuk menjadikan ia dinamik. Pemain juga boleh menggunakan persekitaran untuk merancang strategi.

Demo: Nine to Five

WRC 10 FIA World Rally

KT Racing | Lumba Kereta | 2 September 2021

Permainan seterusnya untuk siri popular simulasi perlumbaan rali ini akan dikeluarkan pada 2 September kelak. Sebelum itu anda boleh mencuba terlebih dahulu demo untuknya, yang memberi peluang untuk pemain mencuba beberapa litar dan juga kereta.

Demo: WRC 10 FIA World Rally

Deepest Chamber

Balcony Softworks | Kad-Roguelike | 23 Julai 2021 (Akses Awal)

Jika anda memintai permainan seperti Slay the Spire, Deepest Chamber adalah satu permainan yang anda harus cuba. Ia berkongsi genre yang sama iaitu permainan membina dek kad dan menyertakan pengembaraan dungeon crawler, ia juga mempunyai elemen roguelike.

Demo: Deepest Chamber

Rogue Spirit

Kids with Sticks | Roguelite | 25 Ogos 2021 (Akses Awal)

Rogue Spirti seperti judulnya adalah permainan roguelite, menariknya di dalam Rogue Spirit, pemain akan menjadi satu roh dan boleh rasuk mana-mana penjahat dan akan mendapatkan segala kemahiran penjahat tersebut. Dengan kata lain pemain boleh mempunyai pelbagai jenis kemahiran yang berbeza.

Demo: Rogue Spirit

Sohor Kini