Skip to main content

Bagi yang memiliki Game Boy Advance, kami merasakan Advance Wars adalah salah satu permainan yang dimainkan oleh mereka. Ia adalah permainan strategi mengikut turutan yang dibangunkan oleh Intelligent System iaitu pembangun untuk siri Fire Emblem.

Ketika Nintendo Direct bersempena dengan E3, Nintendo telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan semual permainan Advance Wars dan Advance Wars 2: Black Hole Rising sebagai permainan olahan semula untuk Nintendo Switch.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal watak yang akan menjadi ketua untuk pelbagai unti tentera termasuk juga kereta kebal, kapal perang ataupun helikopter. Pemain perlu bertempur dengan lawan untuk menumpaskan kesemua unit tentera ataupun menawan HQ mereka. Ia juga menyertakan sesi multi-pemain sehingga 4 pemain.

Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp akan dikeluarkan pada 3 Disember 2021 secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Leave a Reply