Angry Birds merupakan salah satu permainan yang popular suatu ketika dahulu ketika era permulaan telefon pintar. Sejak daripadanya, siri ini telah memperkenalkan beberapa variasi permainan baharu, selain turut hadir dengan filemnya tersendiri.

Terkini, pembangunnya mengumumkan Angry Birds Reloaded – iaitu sebuah permainan baharu berasaskan kepada permainan asal Angry Birds, tetapi dengan kemaskini kepada grafik dan antaramuka, disamping turut menawarkan sejumlah tahap permainan baharu.

Angry Birds Reloaded ini akan ditawarkan melalui Apple Arcade tidak lama lagi. Memandangkan hadir melalui Apple Arcade, maka ia tidak akan menyertakan sebarang pembelian dalam-aplikasi, dan ditawarkan percuma bersama Apple Arcade.

Sohor Kini