Skip to main content

Nintendo ketika Nintendo Direct bersempena dengan E3 telah mengumumkan permainan baharu untuk Mario Party. Ia adalah Mario Party Superstars yang akan dikeluarkan pada 29 Oktober 2021 secara eksklusif di Nintendo Switch. Menjadikan permainan kedua dilancarkan untuk Switch selepas Super Mario Party pada tahun 2018.

https://www.youtube.com/watch?v=Erdq0kiako4

Walaupun ia adalah permainan baharu, tetapi ia akan membawa kandungan daripada permainan Mario Party untuk Nintendo 64, iaitu Mario Party, Mario Party 2 dan Mario Party 3 sebelum permainan ini beralih ke Gamecube untuk Mario Party 4.

Ia akan menyertakan 5 rekaan peringkat klasik bersama dengan 100 permainan-mini klasik. Kesemua peringkat dan permainan-mini ini boleh dimainkan secara multi-pemain setempat ataupun secara dalam talian. Nintendo juga akan memperkenalkan “matchmaking” untuk mencari pemain secara dalam talian secara rawak.

Leave a Reply