Cyberpunk 2077 Kembali Ke PS Store Minggu Depan

Kemaksini: Cyberpunk 2077 kini secara rasmi kembali ditawarkan di PS Store, dan seperti kenyataan Sony sebelum ini, CD Projekt Red juga mengatakan yang ia hanya disarankan untuk dimainkan di PlayStation 4 Pro dan PlayStation 5. Mereka juga mengumumkan naik taraf untuk PS5 akan tiba pada separuh kedua tahun 2021.

CD Projekt Red melalui kenyataan yang perlu dikeluarkan kepada umum sebagai satu syarikat yang disenaraikan di bursa saham, telah mengatakan yang Cyberpunk 2077 akan kembali ditawarkan di PlayStation Store pada 21 Jun 2021.

Selepas permainan tersebut mengalami masalah untuk dimainkan terutama di konsol-konsol generasi lepas, Sony telah mengambil keputusan untuk nyah-senarai dan menawarkan pembayaran balik kepada yang membeli permainan tersebut pada bulan Disember tahun lepas.

Sony melalui kenyataan yang diberikan kepada Polygon, telah mengesahkan yang Cyberpunk 2077 akan kembali ditawarkan di PS Store akan tetapi mereka tidak sarankan untuk pemilik PlayStation 4 mendapatkannya. Sebaliknya, mereka mengatakan permainan ini hanya disyorkan untuk PlayStation 4 Pro dan PlayStation 5.

Ini sudah semestinya satu berita yang baik untuk CDPR, akan tetapi persoalan sekarang adakah permainan tersebut bersedia untuk mendapat kepercayaan daripada pemain?

Sohor Kini