Skip to main content

Nintendo ketika Nintendo Direct bersempena dengan E3 telah mengatakan yang Metroid Prime 4 masih sedang dibangunkan akan tetapi tidak ada perkongsian baharu, sebaliknya mereka mengumumkan satu permainan baharu untuk siri tersebut iaitu Metroid: Dread.

Menariknya ia adalah permainan Metroid yang menggunakan rekaan 2D, di mana akhir sekali mereka mengeluarkan dalam rekaan ini adalah Metroid: Fusion yang dikeluarkan pada tahun 2002. Di dalam treler, mereka juga mengatakan yang ini adalah Metroid 5, dengan kata lain susulan kepada Metroid: Fusion.

Metroid: Dread akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 dan boleh mula di pra-tempah di Nintendo eShop dengan harga $59.99 (~RM246).

Leave a Reply