Skip to main content

Nintendo ketika Nintendo Direct bersempena dengan E3 telah berkongsi treler baharu untuk The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2, bersama dengannya mereka juga mengumumkan ia akan dikeluarkan pada tahun 2022.

Di dalam treler tersebut diperlihatkan yang Link menerima alat baharu yang membolehkan dia menggunakan pelbagai kuasa. Ia juga memperlihatkan kawasan baharu yang tampaknya berdasarkan kepulauan yang terapung di awan. Permainan susulan untuk Breath of the Wild pertama kali diumumkan pada tahun 2019.

Leave a Reply