Skip to main content

Nintendo ketika Nintendo Direct bersempena dengan E3 telah mengumumkan watak DLC seterusnya untuk Super Smash Bros. Ultimate, dan ia adalah Kazuya dari siri permainan pertempuran Tekken.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang dikongsi, namun Masahiro Sakurai mengatakan yang mereka akan berkongsi lanjut mengenai Kazuya semasa perkongsian khas iaitu pada 28 Jun 2021. Kazuya akan menjadi watak keempat untuk Fighter Pass Vol. 2 dan menyertai Min Min, Steve dari Minecraft,, Sephiroth dan Pyra serta Mythra.

Leave a Reply