Esukan.gg telah mengumumkan penganjuran Kejohanan Liga Esukan Malaysia 2021 ataupun Malaysia Esports League 2021 (MEL21) yang akan mempertandingkan PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan FIFA21 dengan hadiah terkumpul RM200 ribu.

Kejohanan ini akan melibatkan pemain-pemain daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia dan terbuka kepada pemain baharu dan juga semi-profesional. Kejohanan ini juga akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.

Setiap pemain dan pasukan akan bertanding terlebih dahulu di peringkat negeri, dan yang terbaik akan melayakkan diri ke peringkat kebangsaan untuk merebut kejuaraan. Pendaftaran untuknya dibuka melalui Esukan.gg dan ia adalah percuma.

Bagi tarikh kejohanan pula, mereka buat masa ini tidak mengesahkannya lagi dan akan diumumkan selepas Malaysia tidak lagi di bawah PKP.

Sohor Kini