Rune Factory 5 sebelum ini diumumkan akan dilancarkan untuk Switch sekitar tahun ini, ia tampaknya telah ditunda apabila melalui treler baharu XSeed telah mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada awal tahun 2022. Anda boleh tonton treler baharu di bawah, yang antaranya berkongsi lakonan suara bahasa Inggeris.

Di dalam permainan ini, pemain boleh menjadi watak lelaki ataupun watak perempuan yang hilang ingatan di satu kampung. Di situlah kehidupan baharu bermula, seperti permainan Rune Factory sebelum ini, pemain boleh bercucuk tanam, lawan pelbagai haiwan liar dan juga menjalinkan hubungan dengan penduduk kampung.

Selain itu, XSeed juga mengumumkan yang Rune Factory 4 Special iaitu versi penambah-baikkan yang dikeluarkan untuk Switch sebelum ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, manakala Story of Seasons: Friends of Mineral yang sudah dikeluarkan untuk Switch dan PC juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Kedua-duanya adalah pada akhir tahun ini.

Sohor Kini