Sebelum hadirnya Ring Fit lagi, Switch adalah konsol yang popular untuk penerbit permainan menerapkan elemen senaman. Namun, dengan penggunaan Ring Fit, tiada aplikasi ataupun permainan lain yang dapat melawan keberkesanannya.

Ini tidak menghalang daripada XSeed untuk hadir dengan permainan tersebut iaitu Knockout Home Fitness yang akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. Ia akan menggunakan Joy-con yang akan dipegang di tangan dan selebihnya pemain perlu mengikut arahan diberikan.

Menurut XSeed, ia akan menyertakan lebih 60 set senaman yang berbeza, termasuk juga untuk senama harian yang boleh diselesaikan dalam masa 15 minit. Pemain boleh menjejak kemajuan dan permainan ini juga akan menyediakan laporan individu.

Bagi menemani pemain, terdapat empat pilihan ‘jurulatih’ yang setiapnya mempunyai gaya tersendiri sama ada yang ‘friendly’ ataupun yang tegas.

Sohor Kini