Vertigo Games iaitu studio pembangunan di bawah Koch Media yang memfokuskan kepada permainan realiti maya, telah berkongsi lanjut mengenai tiga permainan baharu yang akan dilancarkan oleh mereka. Tiga permainan tersebut adalah After the Fall, Unplugged dan Traffic Jams.

After the Fall adalah adalah permainan aksi menembak first person secara koperasi sehingga 4 pemain. Pemain akan melawan dengan pelbagai jenis zombi berbeza. Dengan kata lain ia boleh dikatakan sebagai permainan realiti maya untuk Left 4 Dead. Ia akan dikeluarkan untuk PSVR, Steam, Oculus Quest dan Viveport, sekitar tahun ini.

Unplugged – For the Love of Rocks pula adalah permainan yang membolehkan pemain untuk bermain gitar secara maya menggunakan penjejakan tangan. Ia akan dilancarkan untuk Oculus Quest dan juga platform realiti maya untuk PC yang menyokong penjejakan tangan sekitar tahun ini.

Traffic Jams pula adalah permainan realiti maya yang memerlukan pemain untuk mengawal trafik kenderaan. Ia sudah dikeluarkan untuk Oculus Quest dan juga PCVR dan pada 26 Ogos ini mereka akan melancarkannya untuk PSVR. Di mana anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Setiap permainan ini boleh di pra-tempah ataupun disertakan di dalam senarai hajat melalui mana-mana platform realiti maya yang anda miliki.

Sohor Kini