Sea of Thieves Menerima Kandungan Berdasarkan Pirates of Caribbean

Rare Limited ketikat Xbox & Bethesda Showcase telah mengumumkan yang Sea of Thieves akan bekerjasama dengan Disney untuk membawa kandungan berdasarkan Pirates of Caribbean di dalam permainan tersebut. Penambahan A Pirate’s Life ini akan tiba pada 22 Jun sebagai sebahagian daripada kandungan musim ketiga.

Melaluinya, mereka akan menyertakan kempen penceritaan baharu yang akan turut melibatkan watak popular bagi siri ini iaitu Captain Jack Sparrow bersama dengan krew-krewnya. Ia juga akan menyertakan lokasi, penjahat dan juga peralatan baharu. Penambahan ini akan tiba secara percuma untuk semua pemilik Sea of Thieves, termasuk juga melalui Xbox Game Pass.

Sea of Thieves sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Microsoft Store dan juga Steam.

Sohor Kini