Square Enix ketika Square Enix Presents telah mengumumkan permainan baharu yang akan membawa nama “Final Fantasy” iaitu Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin yang dibangunkan oleh Team Ninja dari Koei Tecmo. Ia adalah permainan aksi RPG dan akan dikeluarkan pada tahun depan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Walaupun dibangunkan oleh Team Ninja, Tetsuya Nomura dari Square Enix akan menjadi pengarah kreatif dan beliau mengatakan yang walaupun permainan ini berbeza dengan permainan kebiasaan untuk Final Fantasy akan tetapi ia masih lagi boleh dikatakan sebagai permainan untuk siri tersebut.

Berdasarkan treler yang dikongsi, tiga watak utama iaitu Jack, Ash dan Jed di dalam satu misi untuk membunuh Chaos (sesuatu yang ditegaskan di dalam treler tersebut). Chaos merupakan antagonis utama di dalam permainan asal Final Fantasy.

Walaupun tidak akan tiba sehingga tahun depan, anda boleh mencuba permainan ini melalui demo yang kini tiba untuk PlayStation 5 dan boleh dimuat turun sehingga 24 Jun 2021. Semasa penulisan ini, muat turun untuk demo ini mempunyai masalah dan Square Enix sedang menyelesaikannya.

Sohor Kini