GSC Game World ketika persidangan Xbox & Bethesda Showcase telah mengumumkan penundaan untuk Stalker 2: Heart of Chernobyl yang sebelum ini dijangka akan tiba pada tahun ini. Tarikh baharu adalah pada 28 April 2022 untuk Xbox Series dan PC.

Permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif untuk platform Microsoft secara terhad, ia mungkin akan dikeluarkan untuk platform lain terutamanya untuk PlayStation 5. Di Xbox Series X, mereka menyasarkan untuk menawarkan resolusi 4K dan Ray Tracing.

Selain mod permainan solo, mereka juga mengesahkan yang ia akan mempunyai komponen multi-pemain, tetapi maklumat mengenainya masih belum dikongsi.

Sohor Kini