Ketika persidangan Xbox & Bethesda Showcase, selain mengumumkan pelbagai permainan baharu mereka juga mengatakan yang 27 daripada 30 permainan yang dipertontonkan akan disertakan di dalam Xbox Game Pass. Kami sudah laporkan sebelum ini antara permainan tersebut adalah Back 4 Blood, Forza Horizon 5 dan juga Halo Infinite.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba untuk Xbox Game Pass pada tahun ini;

  • Yakuza Like a Dragon – Hari Ini
  • Dungeon & Dragons Dark Alliance – 22 Jun
  • The Ascent – 29 Julai
  • Hades – 13 Ogos
  • Twelve Minutes – 19 Ogos
  • Aragami 2 – 17 September
  • Sable – 23 September
  • The Anacrusis – Suku Keempat
  • Scron – Suku Keempat
  • Back 4 Blood – 12 Oktober
  • Shredders – Disember
  • Among Us – 2021
  • Hello Neighbor 2 – 2021
  • The Gunk – 2021
  • Microsoft Flight Simulator – 27 Julai
  • Psychonauts 2 – 25 Ogos
  • Age of Empires IV – 28 Oktober
  • Forza Horizon 5 – 9 November
  • Halo Infinite – Akhir tahun

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan beberapa permainan oleh Bethesda menyertai Xbox Game Pass hari ini seperti Dishonored: Death of the Outriders, The Evil Within 2, Wolfenstein 2 dan Rage.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini