Skip to main content

Playground Games ketika persidangan Xbox & Bethesda Showcase telah mengumumkan yang Forza Horizon 5 akan dilancarkan pada 9 November tahun ini. Kali ini, ia membawa pemain ke Mexico, di mana mereka mengatakan ia akan membawa rekaan dunia terbesar bagi siri ini.

Seperti yang kita sudah biasa dengan siri Forza Horizon 5, ia akan menawarkan sesi permainan dalam talian dan pemain boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuk juga berlumba sesama sendiri. Mereka juga telah mengumumkan yang akan membawa kempen penceritaan untuk dimainkan secara solo. Terdapat juga pelbagai mod lain termasuk juga rekaan pemain sendiri.

Berdasarkan treler yang diperlihatkan, kami boleh katakan yang ia menyertai rekaan dunia dan persekitaran yang paling nampak realistik untuk permainan kereta. Ia juga sesuatu yang difokuskan di dalam demo permainan yang anda boleh tonton di bawah.

Forza Horizon 5 akan dilancarkan untuk Xbox One, Xbox Series, dan juga PC melalui Microsoft Store dan juga Steam. Ia juta akan disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Leave a Reply