Ketika acara Xbox & Bethesda Showcase, Warner Bros dan Turtle Rock Studio telah mengumumkan yang permainan Back 4 Blood yang akan dilancarkan pada 12 Oktober 2021, akan disertakan sebagai Xbox Game Pass pada hari pelancaran. Mereka juga telah berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Selain itu, mereka juga telah memperlihatkan Swarm Mode iaitu mod PvP yang membolehkan pemain untuk menjadi sebagai manusia ataupun zombi. Seperti diumumkan sebelum ini, Back 4 Blood adalah permainan koperasi sehingga 4 pemain melawan zombi yang dibangunkan oleh bekas pembangun asal untuk Left 4 Dead.

Back 4 Blood diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini