Kemaskini: Bethesda akhirnya berkongsi treler baharu untuk Starfield secara rasmi selepas tertiris sebelum ini. Mengesahkan perkongsian di bawah, Starfield akan dikeluarkan pada 11 November 2022 secara eksklusif untuk platform Microsoft iaitu Xbox Series dan juga PC.

Salah satu kejutan untuk persidangan Xbox & Bethesda yang akan berlangsung tidak lama lagi tampaknya telahpun tertiris apabila Washington Post telah mengeluarkan treler untuk permainan tersebut. Kami yakin yang treler ini akan dikongsi semasa persidangan nanti.

Di dalam treler tersebut telah diumumkan yang Starfield permainan seterusnya oleh Bethesda akan dikeluarkan pada 11 November 2022 dan tampaknya eksklusif untuk platform Microsoft iaitu Xbox Series dan PC. Menurut Jason Schreier, Bethesda, permainan tersebut dijangka memasuki peringkat alfa pada suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini