Far Cry 6 akan dilancarkan tidak lama lagi, dan ketika acara Ubisoft Forward, Ubisoft telah mengumumkan kandungan tambahan yang akan tiba untuk permainan tersebut. Menariknya, kandungan tambahan tersebut membolehkan pemain untuk bermain sebagai watak-watak jahat daripada siri Far Cry lepas iaitu Vaas Montenegro, Pagan Min dan Joseph Seed.
Setiap daripada watak tersebut akan menerima DLC tersendiri;
- DLC Episod 1: “Vaas: Insanity”
- DLC Episod 2: “Pagan: Control”
- DLC Episod 3: “Joseph: Collapse”
Kesemuanya akan disertakan di dalam pas semusim untuk Far Cry 6 yang akan turut menyertakan permainan Far Cry 3: Blood Dragon dan juga pelbagai barangan kosmestik berdasarkan Blood Dragon, yang sebelum ini diumumkan akan menerima siri animasi tersendiri.
Far Cry 6 akan dikeluarkan pada 7 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.