Skip to main content

Seperti kita sedia maklum, filem Avatar oleh James Cameron bakal menerima sebilangan filem baharu, dan kini tampaknya ia juga menerima permainan video baharu yang sedang dibangunkan oleh Ubisoft Massive. Perkara tersebut telah diumumkan semasa acara Ubisoft Forward.

Avatar: Frontiers of Pandora ini merupakan permainan aksi pengembaraan first-persona yang akan menyertakan penceritaan kendiri. Pemain akan menjadi seorang Na’Vi dan mengembara Western Frontier iaitu kawasan yang tidak diperlihatkan di dalam filem. Pemain boleh berinteraksi dengan pelbagai makhluk dan juga melawan skuad RDA.

Avatar: Frontiers of Pandora akan dikeluarkan pada tahun 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply