Skip to main content

Ubisoft semasa Ubisoft Forward telah berkongsi kandungan-kandungan tambahan yang akan tiba untuk Assassin’s Creed Valhalla. Selain berkongsi mengenai penambahan Siege of Paris yang akan tiba pada suku ketiga tahun ini dan juga kandungan-kandungan percuma, mereka juga mengatakan yang ia akan menerima kandungan untuk tahun ke-2.

Mungkin boleh dijadikan sebagai pengesahan yang permainan baharu Assassin’s Creed tidak akan dilancarkan pada tahun depan, Ubisoft mengatakan buat pertama kali untuk siri permainan tersebut ia akan menerika kandungan untuk tahun ke-2. Mereka tidak berkongsi dengan lanjut akan tetapi mengatakan salah satu kandungan akan memfokuskan kepada Odin.

Mereka juga telah mengumumkan yang Valhalla akan menerima Discovery Tour iaitu mod percuma yang akan memfokuskan kepada perkongsian mengenai sejarah. Ia akan tiba pada suku keempat tahun ini.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan in; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.

Leave a Reply