Skip to main content

Ubisoft semasa persidangan Ubisoft Forward mereka telah mengumumkan Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada 16 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Bersama dengan pengumuman ini mereka telah memperlihatkan treler dan juga bentuk permainan.

Rainbow Six Extraction adalah permainan koperasi 1 hingga 3 pemain melawan musuh, berbeza dengan Rainbow Six Siege, permainan ini akan memfokuskan untuk pemain bekerjasama melawan penjahat yang digelar sebagai Arcahes. Bagi pemain Rainbow Six Siege, beberapa operator dan juga pelbagai gajet yang digunakan dalam permainan ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

Permainan ini akan menyertakan pelbagai misi yang akan hadir secara rawak di pelbagai kawasan yang disertakan. Berdasarkan video bentuk permainan yang anda boleh tonton di bawah, setiap misi akan mempunyai beberapa bahagian. Setiap bahagian akan menjadi lebih sukar dari bahagian ke bahagian seterusnya. Di antara bahagian tersebut akan terdapat Airlock yang akan menjadi tempat untuk pemain bersedia untuk ke peringkat seterusnya ataupun mengakhiri misi.

Mereka juga memperlihatkan konsep “Missing in Action”, jika operator ditangkap, pemain perlu melakukan misi Extraction untuk mendapatkan operator tersebut kembali. Mereka juga mengatakan yang ia akan menyertakan kesan yang kekal seperti kehilangan kemajuan dan juga naik taraf.

Ubisoft juga telah mengumumkan yang Rainbow Six Extraction akan menyokong fungsi rentas platform semasa dilancarkan dan pemilik Rainbow Six Siege akan menerima kandungan khas.

Leave a Reply