Kemaskini: Ketika acara Ubisoft Forward, Ubisoft telah mengumumkan secara rasmi Mario+ Rabbids: Sparks of Hope akan dilancarkan pada tahun 2022 secara eksklusif untuk Nintendo Switch. Mereka telah mengatakan yang berbanding bermain di satu kawasan sahaja di permainan lepas, kali ini ia akan menyertakan beberapa planet berbeza. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Mario + Rabbids Kingdom Battle merupakan antara permainan awal yang dikeluarkan untuk Nintendo Switch, ia adalah juga permulaan kepada kerjasama diantara Ubisoft dan juga Nintendo. Ubisoft bakal melakukan acara Ubisoft Forward mereka pada pagi ini dan tampaknya antara permainan yang akan diumumkan adalah Mario + Rabbids baharu.
Melalui penyenaraian di Nintendo eShop, Mario + Rabbids Sparks of Hope telah disahkan dan akan tiba pada tahun 2022. Berdasarkan penyenaraian tersebut juga, terdapat 9 watak yang akan disertakan di mana pemain boleh membentuk pasukan dengan tiga watak.
Mengikut genre ia adalah strategi dan berkemungkinan besar akan membawa bentuk permainan sama dengan permainan pertama iaitu strategi mengikut turutan seperti XCOM.