Netflix ketika acara Geeked Week bersempena dengan Summer Game Festival telah mengumumkan beberapa siri animasi baharu berdasarkan siri permainan oleh Ubisoft.

Antara yang diumumkan adalah Splinter Cell yang akan dihasilkan oleh pencipta John Wick, Derek Kolstad. Selain itu, mereka juga mengumumkan permainan sampingan untuk Far Cry iaitu Blood Dragon akan turut menerima siri animasi iaitu Captain Laserhawk, A Blood Dragon Remix, ia akan dihasilkan oleh Adi Shankar. Akhir sekali, mereka juga mengumumkan yang Far Cry sendiri akan turut menerima siri animasi.

Buat masa ini, maklumat lanjut untuk siri-siri ini masih tidak dikongsi, kami akan kemaskini apabila menerima maklumat terbaru.

Sohor Kini