Pada bulan Ogos yang lalu, kami ada melaporkan bahawa Epic Games Store telah mula memperkenalkan pembayaran melalui platform perbankan atas talian. Ia merupakan satu pilihan yang baik, khususnya untuk mereka yang tidak mempunyai kad kredit ataupun debit.

Terkini, Epic Games Store dilihat telah mengemaskini senarai cara pembayaran mereka dengan menyelarikan penyenaraian platform-platform bank atas talian tersebut, memudahkan anda untuk memilih platform perbankan pilihan anda.

Sebelum ini, Epic Games Store menggunakan pengantara Xsolla untuk menyambung kepada platform perbankan pilihan anda, khususnya Maybank2u. Dengan kemaskini ini, anda boleh terus menggunakan platform perbankan pilihan anda dengan cepat dan mudah, dan tanpa perlu risau tentang sebarang bayaran tambahan kepada platform pengantara yang lain.

Dan oleh kerana ini, anda kini boleh memilih untuk membayar permainan-permainan kegemaran anda melalui kad kredit, debit, Paypal, platform e-banking dan Maybank2u.

Sohor Kini