Deviation Games merupakan studio yang ditubuhkan oleh Dave Anthony dan Jason Blundell iaitu bekas pembangun utama Treyarch, pembangun bagi siri Call of Duty. Ketika acara Summer Game Festival, mereka telah mengumumkan berkerjasama dengan PlayStation untuk satu IP baharu.

Buat masa ini mereka mengatakan ia masih terlalu awal untuk berkongsi lanjut mengenai permainan tersebut, termasuk juga sama ada ia adalah permainan solo ataupun multi-pemain, akan memfokuskan penceritaan ataupun tidak. Namun, mereka mengatakan pembangunan untuknya sudah bermula.

Perkara ini telah menjadi strategi untuk PlayStation iaitu bekerjasama dengan studio baharu yang terdiri daripada veteran pembangun permainan video. Mereka sebelum ini juga telah bekerjasama dengan studio baharu oleh Jade Raymond iaitu bekas pembangun untuk Stadia dan Ubisoft.

Sohor Kini