Saber Interactive pada tahun lepas telah berkongsi yang mereka akan hadir dengan permainan multi-pemain Evil Dead: The Game berdasarkan siri berjudul sama. Ketika acara Summer Game Festival, mereka telah memperlihatkan secara lanjut mengenai permainan tersebut.

Evil Dead: The Game adalah permainan multi-pemain 4 lawan 1 di mana 4 pemain akan menjadi manusia yang perlu melawan zombie yang memenuhi peta. Seorang pemain akan menjadi Kandarian Demon yang mempunyai pelbagai kebolehan termasuk mengawal manusia.

Pemain sebagai manusia perlu mencari barangan untuk melawan zombie dan Demon, termasuk juga mencari Necronomicon apabila mencukupi ia boleh digunakan untuk melawan balik Demon.

Evil Dead: The Game akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Switch dan PC akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran. Sebelum ini ia diumumkan akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini